CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: March 2014

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Monday 10 March 2014

Sambal Telur

Bahan-bahan :
  • 8 biji telur ayam (direbus & digoreng seketika)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
Bahan yang dikisar/dihaluskan :
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan yang sudah dihaluskan tadi masak hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, air asam jawa dan sedikit air. kacau/aduk hingga rata.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah direbus dan digoreng tadi, masak hingga mendidih dan menjadi pekat.
  4. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan tambahkan sedikit garam, gula dan sedikit perasa. Aduk hingga rata dan Angkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 4 orang

Selamat mencuba!
‎‎‎

Rendang Daging

Rendang Daging , masakan populer di kalangan masyarakat Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, dan Thailand. Dipercayai masakan ini berasal dari Sumatera, merupakan masakan tradisional Minangkabau.

Rendang disajikan dalam berbagai upacara adat dan majlis istimewa. Teknik memasak dan penggunaan bumbu/rempah terdapat sedikit sebanyak berbeda mengikut daerah tertentu, dan juga citarasa seseorang.

Pada tahun 2011, rendang dinobatkan sebagai hidangan utama dalam daftar World's 50 Most Delicious Foods (50 Hidangan Terlezat Dunia) oleh CNN International.
 
Bahan-bahan :
  • 500gm daging lembu/sapi
  • 3 batang serai (dititik/diketuk)
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar gula Melaka/merah
  • 500ml santan pekat/kental
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
  • 500ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit bahan perasa
  • Sedikat minyak masak
Bahan yang dikisar/dihaluskan :
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga seketika.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kisar dan serai, tumis hingga naik bau.
  3. Setelah itu masukkan serbuk kari, gula melaka, kerisik dan santan. kacau/aduk hingga rata.
  4. Kemudian masukkan daging dan air, Aduk rata masak hingga mendidih dan daging menjadi lembut.
  5. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz untuk 5 orang

Selamat mencuba!

‎‎‎

Sunday 9 March 2014

Bubur Baby Carrot (Pengat Ubi Keledek)

Bahan utama ialah Ubi Keledek yang direbus, tapi dibentuk berupa 'baby carrot', dijadikan bubur.

Bahan-bahan:
  • 1 biji ubi keledek bersaiz besar (berwarna oren "direbus")
  • 200 ml santan kara
  • 100 ml tepung ubi kayu/kanji
  • 1 helai daun pandan
  • gula merah secukupnya
Cara membuat:
  1. Ubi keledek direbus sehingga empuk dan dilenyek.
  2. Masukkan tepung ubi/kanji dan uli menjadi doh. Bentukkan seperti baby carrot.
  3. Panaskan air di dalam periuk, masukkan santan jenama kara dan daun pandan.
  4. Kemudian masukkan baby carrot dan aduk/kacau hingga masak.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Tips:

* Pilihan Santan Kara kerana ia lebih pekat.
* Bancuhan tepung ubi dengan ubi keledek jangan terlalu lembik maupun keras. Uli menjadi doh dan bentukkan menyerupai saiz lobak merah/wortel kecil (baby carrot) satu persatu. Masak santan kemudian masukkan baby carrot. Apabila terapung semuanya barulah angkat. Untuk lebih sedap sejukkan ke dalam peti sejuk/kulkas.

Selamat mencoba !

‎‎‎

Salad Kentang & Telur


Salad sangat penting dalam urusan permakanan yang seimbang. Merupakan menu utama yang membekalkan vitamin C dan B-kompleks untuk kesihatan.

Bahan-Bahan:
  • 5 biji kentang (direbus & dipotong dadu)
  • 5 biji telur (direbus & dibelah 4)
  • 5 batang sosis ayam (dihiris nipis & digoreng)
  • 1 batang saleri besar (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 sdt lada hitam/merica (ditumbuk) / lada serbuk
  • 3 sdm yogurt
  • 5 sdm mayonis
  • garam secukupnya
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
  2. Gaul/aduk rata hingga sebati.
  3. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!!!
‎‎‎

Salad


Salad juga penting dalam permakanan. Penyeri kepada hidangan yang lain.

Salad mudah dan ringkas untuk disediakan.

Bahan-bahannya :
  • Daun salad (lushious mixed salad) 
  • Bawang besar (dihiris bulat)
  • Tomato ceri
  • Sedikit minyak zaitun (olive oil) 
  • 2 sdm mayonis
  • Sedikit garam
Cara Membuatnya :
  1. Sediakan mangkuk besar, masukkan daun salad, tomato ceri, bawang besar. Gaul/aduk hingga rata.
  2. Kemudian masukkan minyak zaitun, mayonis dan sedikit garam.
  3. Akhir sekali gaul/aduk rata dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!!!

‎‎‎

Kek Mentega Kurma


Kurma, bahan utama pada Kek Mentega Kurma, adalah makanan yang menyihatkan. Salah satu makanan kegemaran Rasulullah SAW.

Kurma bukan saja enak dimakan tetapi kaya dengan beberapa jenis vitamin, zat gizi dan serat makanan. Mengandungi kalsium, besi, belerang, potassium, fosforus, manganese, magnesium dan tembaga. Semuanya bermanfaat untuk kesihatan.

Khasiat kurma dapat dimanfaatkan melalui Kek Mentega Kurma. 

Bahan-bahan :
  • 250gm mentega
  • 250gm gula castor (gula halus)
  • 250gm tepung gandum (terigu)
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 4 biji telur (gred B)
  • 4 sendok besar susu cair
  • 1 1/2 sdt esen vanilla
  • buah kurma (buang biji)
Cara Membuat :
  1. Pukul/putar mentega dan gula halus hingga mengembang.
  2. Masukkan telur satu persatu & esen vanilla.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik & susu cair putar hingga rata.
  4. Setelah itu, masukkan semua bancuhan kedalam loyang yang sudah disapu/dioles dengan sedikit mentega.
  5. Akhir sekali, hiasi dengan buah kurma diatasnya.
  6. Bakar pada suhu 180 derajat celcius selama 45 minit.
Saiz hidangam untuk 1 kg

Tips : Pilih buah kurma yang segar dan lembut.
‎‎‎

Kek Mentega Coklat

Coklat atau koko/cocoa, bahan utama dalam Kek Mentega Coklat, adalah berkhasiat untuk kesihatan.

Pigmen/warna flavonoid alami yang terkandung didalam koko bertindak sebagai anti-oksidan, iaitu penggempur dan penyirna radikal bebas yang sering merosak sel-sel tubuh sehingga menyebabkan timbul berbagai jenis penyakit seperti kanser.

Bubuk/serbuk koko berkhasiat bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.

Bersama nilai-nilai anti-oksidan yang terkandung didalam koko, maka Kek Mentega Coklat bukan saja enak dimakan bahkan merupakan salah satu makanan yang berkhasiat untuk kesihatan.

Bahan-bahan :
  • 250gm mentega
  • 250gm gula castor (gula halus)
  • 250gm tepung gandum (terigu)
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 4 biji telur (gred B)
  • 4 sendok besar susu cair
  • 50gm serbuk koko
Cara Membuat :
  1. Pukul/Putar mentega dan gula halus hingga kembang.
  2. Kemudian pecahkan telur dan masukkan satu persatu, putar lagi.
  3. Setelah itu masukkan tepung gandum, serbuk penaik.
  4. Kemudian masukkan serbuk koko dan susu cair, putar hingga rata.
  5. Dan masukkan kedalam loyang yang sudah disapukan/diolesi dengan sedikit mentega.
  6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 derajat celcius selama 45minit.
Saiz hidangan untuk 1 kg.

‎‎‎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...