CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: 2013

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Monday 14 October 2013

Milkshake Pisang Segar

Pisang, buah tempatan yangselalu disisihkan. Ramai masih belum sedar betapa ia berkhasiat untuk kesihatan.

Dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi 4 kali ganda lebihan protein, 2 kali ganda jumlah ‎karbohaidrat, 3 kali ganda fosforus, 5 kali ganda vitamin A dan zat besi, dan 2 kali ganda vitamin-‎vitamin lain dan zat gizi. Ia juga sangat kaya dengan zat gizi potassium.‎ Pisang lebih baik dari wortel/lobak merah, baik untuk kesihatan mata.

Zat gizi potassium ‎yang begitu tinggi sangat bermanfaat mencegah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, penyakit tulang, sering 'cramp' pada otot, dan kanser. Pisang menyihatkan saluran darah berkaitan jantung (cardiovascular health), ‎sistem usus penghadaman (gastrointestinal health) dan melindungi dari penyakit ulser kolon.

Here we go, Milkshake Pisang Segar !

Bahan-bahan:
  • 2 cawan susu 
  • 1 biji pisang
  • 4 sudu teh sirup coklat
  • 4 scoop ais krim vanilla 
Cara:
  • pisang di kupas dan di potong-potong. 
  • masukkan susu, sirup coklat dan pisang ke dalam blender, kemudian blend hingga lumat 'smooth puree'.
  • tambah ais krim dan blend sekali lagi pada kelajuan yang tinggi sehingga semua bahan-bahan sebati. 
  • tuangkan ke dalam gelas yang sesuai, taburkan serpihan coklat keatasnya dan sedia di minum dengan straw.   
*Tip Menyediakan Sirup Coklat - bar coklat dicairkan dalam oven, kemudian dicampurkan denan susu. Kemudian, biji gajus yang dipecah kecil-kecil lalu di tambah. Masukkan ke dalam milkshake tadi sebagai bahan serat tambahan.


‎‎‎

Tuesday 2 July 2013

Karipap/Pastel Daging

Karipap Atau Pastel (Indonesia)

Bahan-Bahan Kulit Karipap:
  • 600 gm tepung gandum ‎
  • 130 gm majerin ‎
  • 150 ml air ‎
  • 1/2 sudu/sendok teh garam ‎
Bahan-Bahan Inti/Isi : ‎
  • 7 biji kentang bersaiz sederhana (dipotong dadu kecil-kecil) ‎
  • 100 gm daging cincang ‎
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang) ‎
  • 2 ulas/siung bawang putih (dicincang) ‎
  • 2 sudu/sendok besar serbuk kari
  • air secukupnya
  • garam dan perasa secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumi
‎‎‎

Rolade Daging

Rolade berasal dari perkataan Perancis "roulade", bererti menggulung.

Rolade Daging adalah makanan kelaziman masyarakat Eropah, terutama Perancis, Itali, German, Sepanyol, Hungary, Poland dan Belanda. Bahan asasnya ialah daging cincang/giling yang di gulung, didalam gulungan daging diisikan inti samada cheese, sayur-sayuran atau daging dari jenis lain.     

Resepi ini sangat disanjungi oleh warga Indonesia, terutama dikota-kota. Resepi yang diwarisi dari Belanda sejak beratus tahun dahulu, yang kemudian diadaptasikan menjadi hidangan lokal. Menjadi salah satu hidangan istimewa di majlis-majlis resepsi dan sebagainya.
‎‎‎

Sunday 30 June 2013

Sup Ayam Asam Keping (Gelugur)

Sup ini sengaja di campur dengan asam keping (gelugur) bertujuan memberi rasa asam dan lebih menyelerakan, terutama bagi wanita yang sedang hamil.

Bahan-Bahan:
  • 500 gm ayam (dipotong & dibersihkan)
  • 5 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 2 batang lobak merah/wortel (di potong bulat)
  • sedikit kobis (di hiris kasar)
  • 1 sdm rempah sup
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
‎‎‎

Sambal Kari Ikan Kembung


Bahan-bahan:
  • 6 ekor ikan kembung
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1 sdm serbuk kari daging
  • 1 sdm cili giling
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji limau kasturi
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit air
  • serbuk perasa secukupnya
  • minyak masak

‎‎‎

Friday 21 June 2013

Rendang Hati Lembu/Sapi


Rendang,  tidak sah menyambut Lebaran tanpa Rendang. Rendang selalunya di makan bersama lemang, ketupat atau pun nasi.   

Bahan-Bahan:

  • ‎300 gm hati lembu (dihiris nipis) ‎
  • 1/2 cawan cili kisar‎ ‎
  • 2 sudu besar kerisik‎ ‎
  • 1 cawan santan pekat‎ ‎
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus) 
Bahan Di Kisar:‎ ‎
  • 7 ulas/siung bawang merah‎ ‎
  • 3 ulas/siung bawang putih‎ ‎
  • 2 batang serai (dititik/diketuk)‎ ‎
  • 2 sm lengkuas‎ 
‎‎‎

Yee Mee Kung-fu

Yee Mee Kung-fu juga disebut Yee Mee Kantonis. Masakan ini lebih kepada sayur-sayuran. Saangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Nama "kungfu"nya agak aneh, mungkin kerana terlalu enak rasanya!!! Menyediakannya juga mudah. Anda perlu mencubanya !!!

Bahan-bahan:
  • 200 gm yee mee (dicelur air panas & toskan)
  • 2 ulas/siung bawang putih (dikisar)
  • 4 biji cili padi/rawit
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 200 gm isi ayam (dipotong dadu)
  • 5 ekor udang
‎‎‎

Mee Hailam

Mee Hailam adalah masakan mee ala cina. Masakan ini popular antara masakan mee. Terjual hampir di mana-mana jua restoran/rumah makan di Malaysia.

Cubalah, terutama di waktu "lunch" pasti menyelerakan. 

Bahan-bahan:
  • 250 gm mee kuning (dicelur air panas & toskan)
  • 100 gm isi ayam (dipotong kecil)
  •  4 ekor udang
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris kecil)
  • 30 gm lobak merah/wortel (dihiris kecil)
  • 3 ulas/siung bawang putih (dihiris halus)
  • 5 batang jagung muda (dihiris halus)
‎‎‎

Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

Bahan-bahan:
  • 500 gm udang sederhana besar (dibelah belakang & dibersihkan)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 2.5 sm halia/jahe (dikisar)
  • 2 sdm sos cili
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 sdm pes asam jawa (dibancuh sedikit air)
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa secukupnya
  • minyak masak
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
  2. Tuangkan sedikit air asam jawa dan aduk rata.
  3. Masukkan udang dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Masak hingga matang dan kuahnya menjadi sedikit pekat, angkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 * Saiz hidangan untuk seorang jer !!!

‎‎‎

Kacang Telur Manis

Kacang memang banyak khasiatnya di segi kesihatan. Sudah menjadi bahan makanan yang di olah dalam berbagai cara dan rupa. Menjadi kegemaran warga masyarakat berbilang kaum dan bangsa.

Seiring dengan ini diberbagikan resepi Kacang Telur Manis sebagai juadah yang tidak pernah ketinggalan sewaktu merayakan Lebaran.     

Bahan-Bahan:
  • 500 gm kacang tanah (dibuang kulit)
  • 450 gr tepung gandum/terigu
  • 200 gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1 sdt garam halus
  • ½ sdt vanili
  • 1 kg minyak masak/goreng
‎‎‎

Kuih Sugi/Makmur

Kuih Sugi/Makmur/Putri Salju

Bahan-Bahan:
  •  ‎450 gm minyak sapi ( saya guna jenis QBB ) ‎
  •  ‎700 gm tepung gandum/terigu (diayak terlebih dahulu) ‎
  •  ‎1 biji telur ‎
  •  ‎1 sudu besar gula halus/kastor ‎
  •  ‎1 mangkuk kecil gula halus/kastor (untuk hiasan)
‎‎‎

Thursday 20 June 2013

Dumpling

Dumpling tidak asing pada masyarakat Barat, Afrika, Eropah, Timur Tengah, Asia Tenggara, bahkan di serata negara di dunia. Masyarakat cina juga sangat menggemarinya.

Adunannya berbeza-beza mengikut citarasa negara. Ada yang menjadikan sebagai sup, dan ada sebagai sajian kueh. Kini, ia menjadi salah satu dari makanan warga Malaysia dan Indonesia. 

Berikut ini resepi gaya kueh Dumpling.

Bahan Kulit:
  • 200 gm tepung gandum/terigu
  • 1/2 sdt garam
  • air secukupnya
‎‎‎

Tat Nenas Simple

Di Malaysia dikenali sebagai Tat Nenas. Di Indonesia di sebut Kue Nastar aja. Paling laris dan digemari oleh kedua-dua warga negara. Setiap bulan Ramadhan, setiap Lebaran, pasti ada Tas Nenas/Kue Nastar ini.   

Bahan-Bahan:
  • 250 gm mentega
  • 20 gm gula icing
  • 1 kuning telur
  • 350 gm tepung gandum
  • 2 sdm tepung kastad
  • 2 sdm tepung susu
  • 1 kuning telur (untuk disapukan pada tat)
Bahan Jem:
  • 2 biji buah nanas (dikisar)
  • 200 gm gula
  • 2 kuntum bunga cengkih
‎‎‎

Tuesday 18 June 2013

Popiah Basah

Sajian Popiah Basah antara menu ketika berbuka puasa amat menyelerakan. Resepi ini sering di jual di pasar Ramadhan. Popiah terdiri dari beberapa jenis. Ada Popiah Kering, Popiah Sambal Pedas, Popiah Tomyam, Popiah Nestum, Popiah Serunding dll.

Popiah agak berbeza dengan Risol di Indonesia, di mana inti Popiah adalah ramuan dari beberapa bahan sayur-sayuran.     

Berikut ini adalah resepi Popiah Basah yang sangat laris di jual di pasar-pasar, warung-warung di  bulan Ramadhan..

Bahan Utama:
  • 8 keping kulit popiah basah 
‎‎‎

Steam Tofu Sayur

Tofu Sayur yang di steam juga dipercayai berasal dari jenis masakan cina muslim di Malaysia. Sering menjadi resepi untuk bulan Ramadhan.

Bahan-bahan:
  • 1 ketul tofu jepun (kukus selama 20 minit)
  • 2 ulas/siung bawang putih (dikisar/dihaluskan)
  • 3 ulas/siung bawang merah kecil (dikisar)
  • 2 sdm cili boh/cabai giling
  • 1 keping tempe (dipotong kecil & digoreng)
  • 3 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)
  • 10 gm isi ayam
  • 1 biji cili benggala/paprika merah (dipotong kecil)
  • 1 biji cili benggala/paprika hijau (dipotong kecil)
  • 1/2 sdt tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • minyak masak untuk menumis
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
‎‎‎

Udang Goreng Mentega

Udang Goreng Mentega juadah yang menyelerakan sewaktu berbuka puasa di bulan Ramadhan. Bukan sahaja di bulan puasa, bahkan di hari-hari biasa juadah ini sentiasa digemari. Paling sesuai di makan waktu 'lunch', rangup dan enak.

Resepi ini dipercayai berasal dari jenis makanan cina muslim. Bahan-bahannya juga simple untuk disediakan.   

Bahan-bahan:
  • 200 gm udang harimau (digoreng terlebih dahulu)
  • 250 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sdm minyak masak
  • 5 biji cili padi/cabai kecil/cabai melaka/cabai rawit
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sdm gula pasir
‎‎‎

Sunday 16 June 2013

Kuih Nastar Nanas

Kuih Nastar Nanas Spesial

Bahan Bahan: ‎
  • 300 gm margarine ‎
  • 2 butir kuning telur ‎
  • 1 biji telur ‎
  • 1 sdt serbuk vanili ‎
  • 100 gm keju cheddar parut ‎
  • 300 gm tepung terigu/gandum rendah protein ‎
Bahan Inti Selai/Jem Nenas: ‎
  • 1 buah nenas (diparut)
  • gula pasir secukupnya ‎
  • 1 batang kulit kayu manis
‎‎‎

Kuih Ros (Kue Kembang Goyang)

Kuih Ros atau Kuih Kembang Goyang (Ind), popular dikenal dengan nama Kue Lembang Goyang di Pulau Jawa Indonesia. Kuih Loyang di ‎Sumatera dan juga Malaysia.

Merupakan salah satu kuih tradisional nusantara yang popular disajikan sebagai kuih lebaran ‎untuk ahli keluarga dan tetamu yang bersilaturahmi.

Rasanya renyah/rangup dan gurih. ‎ Sementara bagi masyarakat Bali, khususnya pemeluk agama Hindu, biasanya memakai kue kembang ‎goyang ini sebagai salah satu isi sajian di hari keagamaan.‎

‎‎‎

Kuih Telor Gabus Manis

Bahan-Bahan: ‎
  • 500gm tepung kanji/ubi kayu‎ ‎
  • 6 butir telur‎ ‎
  • 1 bungkus vanili‎ ‎
  • 500gm gula pasir (boleh tukar dengan gula merah) ‎
  • minyak untuk menggoreng ‎
Cara Membuat: ‎ ‎
  1. Tuangkan tepung kanji/ubi kayu ke dalam baskom/bekas besar, kemudian tambahkan 1 bungkus vanili dan 6 butir telur, lalu aduk/kacau ‎hingga adunan menjadi kalis/kental. ‎
  2. Siapkan minyak dingin (minyak yang belum dipanaskan)‎. ‎
  3. Ambil sedikit adunan dan gelintir dengan tangan, buat ukuran yang kecil kerana ketika digoreng ‎adunan akan mengembang. ‎
  4. Panaskan minyak, lalu goreng adunan hingga berwarna kuning kecokelatan. Angkat dan tiriskan.‎ ‎
  5. Lakukan sampai adunan habis seperti cara menggoreng semula (minyak gorengan tidak boleh langsung panas, kerana gorengan akan memercik ‎seperti menggoreng ikan)‎. ‎
  6. Lelehkan/cairkan gula pasir di kuali besar, Aduk lelehan gula pasir pada kuih gorengan yang sudah ditiriskan ‎
  7. Kuih Telur Gabus siap disajikan  
‎‎‎

Kuih Telor Gabus Masin


Bahan-Bahan:
  • 350 gm tepung kanji/ubi kayu
  • 3 biji telur (dipukul/dikocok) ‎
  • 1/4 sdt garam
  • minyak untuk menggoreng. ‎
Cara Membuat: ‎
  1. Campur tepung kanji/ubi kayu dan garam. Aduk rata. ‎
  2. Masukan telur sedikit demi sedikit sambil diuleni/di uli dengan tangan hingga terbentuk adunan yang kalis/kental. ‎
  3. Ambil secubit adunan, bentuk menggunakan kedua telapak tangan hingga berbentuk bulat ‎panjang.
  4. Masukkan hasilnya ke dalam wajan/kuali berisi minyak yg belum dipanaskan/dingin. ‎
  5. Letak kuali tersebut diatas api sederhana, goreng hingga masak berwarna kuning ‎kecokelatan. Angkat, tiriskan. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.
  7. Simpan di dalam stoples/wadah kedap udara. ‎
Tips: Jangan menggoreng kuih ini langsung ke dalam minyak panas, kerana kuih tersebut akan meletus.


‎‎‎

Kacang Goreng

Kacang Goreng. Cemilan No. 1 paling popular di Hari Lebaran. Hampir dimana-mana saja kelihatan dijual/dijajan dipasar, digerai, atau diwarung pada sepanjang  bulan Ramadhan.

Bahan-bahan:

• ‎500gm kacang tanpa kulit
• ‎15-20 ulas/siung bawang putih
  (diblender dengan sedikit air dan sedikit garam)
• ‎20 ulas/siung bawang putih (dihiris) ‎
‎• Air
• Minyak untuk menggoreng.


‎‎‎

Kuih Biji Ketapang Manis

Kuih Biji Ketapang Manis, kuih yang sering menjadi cemilan 'popular' di Hari Lebaran pada warga Indonesia.

Di Malaysia, kuih ini dikenali sebagai Kuih Gunting Manis, dan pada masyarakat India yang merupakan sebahagian dari warga Malaysia, kuih ini di sebut juga Muruku Gunting Manis.

Kuih ini bukannya di buat dari bahan biji ketapang, tetapi cuma nama kuih. Mungkin kerana bentuk kuih ini seperti biji ketapang, maka ianya di sebut begitu.  
‎‎‎

Opor Ayam Pedas

Opor Ayam, masakan tradisional istimewa di kalangan masyarakat Indonesia, lebih khusus di Pulau Jawa.

Opor Ayam memang lazat, merupakan menu special di Hari Lebaran/Raya. Masakan ini juga tidak asing pada masyarakat Malaysia, disebabkan ramai warga Malaysia berketurunan dari Pulau Jawa sejak beratus tahun dahulu.

Opor Ayam, sepertimana rendang ayam atau rendang daging, selalunya digandingkan dengan sajian ketupat di setiap Hari Lebaran/Raya.


Berikut ini resepi Opor Ayam Pedas.
‎‎‎

Friday 14 June 2013

Kacang Salut Telur Goreng Gurih

Sejenis cemilan yang digemari oleh ramai orang. Memakannya menjadi leka dan tidak jemu. Cuma, jangan lupa menyediakan minuman yang dingin kerana memakan cemilan kekacang akan menyebabkan rasa dahaga.

Popular sebagai salah satu menu di Hari Lebaran.

Bahan-bahan:
  • 400 gm kacang tanah (dibuang kulitnya)
  • 10 siung/ulas bawang putih (dihaluskan)
  • 200 ml santan kental
  • 350 gm tepung kanji /tepung ubi kayu
  • 85 gm tepung maizena
  • 2 sdt garam
  • 1/4 sdt biji ketumbar (disangrai/digoreng tanpa minyak)
  • 2 butir kemiri/buah keras (ditumbuk & disangrai/digoreng tanpa minyak)‎
  • 3 butir kuning telur
  • 1 butir telur
  • 200 ml air
  • 1 sdm gula pasir
  • 750 ml minyak goreng/minyak masak.
‎‎‎

Thursday 13 June 2013

Sarapan ala Afghan: Simple, Nice & Tasty !!!



Ini adalah salah satu dari menu sarapan ala Afghanistan. Simple and stylo. Dapatnya dari Afghan Cuisine.

Telur di goreng dalam wadah dari hirisan cili benggala/paprika merah, kuning atau hijau. Pilihan ikut citarasa masing-masing.   

Seperti biasa, telur yang telah di goreng ditaburi dengan garam dan lada hitam. Boleh juga di tabur cebisan/hirisan daun parsley/sup, atau serbuk daun kering oregano, pudina atau kemangi.

Di iringi dengan 2-4 keping roti sudah memadai untuk sarapan.

Selamat mencoba.

‎‎‎

Sunday 2 June 2013

Kuey Teow Udang Basah

Kuey Teow basah menjadi istimewa, enak rasanya apabila bahannya digandingkan dengan udang. Selalunya udang yang digunakan bersaiz agak besar atau sederhana besar.

Kuey Teow basah adalah resepi yang sudah lama diwarisi turun temurun oleh masyarakat Melayu, India dan Cina di Malaysia. Kuey Teow adalah masakan yang berasal dari negeri China. Selalunya di jual di restoran-restoran Cina, India, dan Melayu.

Kuey Teow basah berbeza dari char kuey teow yang lebih mirip kepada masakan ala Thailand di mana resepinya menggunakan sos yang khusus. Char Kuey Teow adalah variasi dari masakan kuey teow, sangat enak, merupakan resepi baru, dan sangat popular di Malaysia dewasa ini. 
‎‎‎

Asam Pedas Daging Tetel

Daging tetel ialah daging lembu/kambing yang di cincang atau di potong kecil-kecil. Mungkin di sebut daging urat di Kelantan. Resepi Asam Pedas Daging Tetel sangat popular di negeri Melaka dan juga Johor, Malaysia.

Daging yang perlu di cincang kecil-kecil ini selalunya dari jenis yang liat-liat, berurat, bahagian-bahagian tendon, ligamen, sendi tulang dan sebagainya. Oleh itu, perlu di cincang kecil-kecil, perlu di rebus lebih lama, untuk mengelaki dari ia masih liat dan sukar untuk di kunyah. Namun, apabila benar-benar empuk, daging tetel sentiasa enak di makan. Kekadang, terasa macam getah lembut atau chewing gum !!!
‎‎‎

Asam Pedas Ikan Jenahak/Jenahar

Asam Pedas sangat sinonim dengan masyarakat Minangkabau dan Melayu, Indonesia dan Malaysia. Rasanya harus berasam dan pedas.  Di Thailand dikenali sebagai "Kaeng som." Di India, hidangan yang hampir sama dikenali sebagai "Macher tak."

Resepi asam pedas juga berbagai variasi, mengikut citarasa setempat.

 ikan yang menjadi pilihan tidak kira samada ikan air masin atau ikan air tawar. Kebiasaannya, ikan yang menjadi pilihan ialah ikan pari, ikan parang, ikan kurau, ikan tenggiri, ikan merah, ikan terubuk, ikan kembung, ikan jenahak, dan lain-lain lagi.
‎‎‎

Pindang Ikan Kembung

Pindang, masakan yang tidak pernah asing dari masyarakat Nusantara dan Malaysia, khususnya rumpun Melayu.

Resepi Pindang juga berbeza, terutama bahan utamanya, mengikut citarasa daerah. Ada resepi pindang dari Ikan  Bandeng/Bolu (Milkfish) yang tersohor dari Jogjakarta, Ikan Patin terutama dari Pahang, Ikan Masrani, Ikan Selar, Ikan Tongkol (Tuna), Ikan Kerisi, Ikan Kakap, Ikan Tenggiri, Ikan Kelah (paling enak !!!), Ikan Talapia,  Ikan Kembung (Mackerel) dan berbagai lagi.

Masakan Pindang akan sentiasa menjadi masakan istimewa !!!

‎‎‎

Pajeri Nenas

Pajeri adalah salah satu masakan tradisional masyarakat Melayu dan Nusantara.

Olahan bahan utamanya juga boleh berbeza, mengikut citarasa masyarakat yang berbeza tempat atau daerah. Bahan utama yang kerapkali menjadi hidangan ialah Nenas. Ada juga resepi pajeri bahan utamanya dari terung, mangga muda, kedondong muda, rebung muda, dan sebagainya.

Bahan utama ini tidak langsung di makan segar. Malah di olah bersama dengan rempah ratus dan santan. Maka resepi ini dinamakan Pajeri.

Pajeri juga menjadi salah satu hidngan sampingan dalam acara-acara resepsi atau majlis-majlis resmi lain.Di bawah ini adalah Resepi Nenas yang biasa dihidangkan dalam majlis resepsi masyarakat di Malaysia.
‎‎‎

Monday 13 May 2013

Sambal Goreng Kentang

Sambal Goreng Kentang resepinya memang banyak. Bahan-bahannya bisa ditambah dan dirubah. Ini resepi mudah dan rasanya okey juga.

Bahan-bahan:
  • 400 gm ubi kentang (buang kulit & dipotong dadu "cuci")
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • 2 sdm kecap manis
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak masak secukupnya
Bahan (dikisar):
  • 5 biji bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • 8 tangkai cili kering
‎‎‎

Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang)

 
Masakan ini merupakan masakan tradisional orang-orang Melayu, sangat digemari dan menjadi juadah istimewa para warga negeri Pahang, salah satu provinsi Malaysia. Masakan ini menjadi sajian popular di restoran-restoran dan gerai-gerai makanan yang bertaburan di persekitaran sungai Pahang, di dalam mana ikan Patin hidup membiak. 

Ikan patin masak tempoyak tidak rumit di masak. Pasta durian atau di sebut tempoyak perlu ada bagi menambah rasa istimewa durian kepada masakan ikan patin. Terdapat juga sedikit variasi kepada bahan-bahan masakan ini,  menurut perbezaan daerah di dalam negeri Pahang. Dan ini adalah salah satu dari berbagai variasi resepi masakan ikan patin tempoyak dari Pahang.  

‎‎‎

Tuesday 23 April 2013

Kuih Serabi/Serabai

Kuih Serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Serabi  adalah sebutan di Indonesia. Di Malaysia, kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah.

Di Indonesia, kuih ini merupakan jajanan pasar tradisional yang popular dengan berbagai variasi rasa. Banyak tersebar di kota-kota besar seperti Jakarta, Bandung, dan Bogor.

Ada 2 jenis Serabi; serabi manis yang menggunakan kinca/kuah, dan serabi asin dengan taburan oncom yang dibumbui diatasnya. Seiring dengan perkembangan zaman, banyak yang terus berinovasi dengan menambahkan berbagai topping seperti sosis, daging ayam, maupun mayones. 
‎‎‎

MEE REBUS JOHOR

Mee Rebus adalah hidangan mee yang masyhur di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.

Mee adalah masakan yang berasal dari masyarakat Cina, dan sudah diterima oleh masyarakat beberapa negara Asia Tenggara.

Setiap negara, setiap negeri, setiap daerah mempunyai kelainan tersendiri dalam menyediakan Mee Rebus. Masing-masing menurut rasa dan selera penduduk/warga setempat.

Johor adalah salah sebuah negeri/provinsi Malaysia, berjiranan/tetangga dengan negara Singapura. Berikut ini adalah resepi Mee Rebus Johor.
‎‎‎

Sunday 21 April 2013

SIPUT SEDUT BATANG KELADI


Masakan Laut ini salah satu dari masakan yang selalu di jual di gerai-gerai di Malaysia. Kerapkali ia di beli dalam bungkusan untuk di bawa balik dan di makan di rumah. Mungkin kerana memakan isi siput perlu di sedut dari cengkerangnya.

Masakan laut ini juga merupakan masakan kegemaran warga-warga di sini. Masakan ini tidak pernah ketinggalan menjadi salah satu menu yang sering di jual di Pasar Ramadhan sewaktu bulan Ramadhan 

‎‎‎

Ketam Masak Rendang


 

Ketam Masak Rendang juga resepi "seafood" kegemaran pada hampir keseluruhan warga-warga Asia Tenggara, terutama Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja, termasuk tanah besar Cina, dll.

Resepi sebegini selalu menjadi hidangan istimewa yang disajikan di kebanyakan restoran-restoran Cina. Mereka selalu memasaknya dengan menambah beberapa biji kuning telur asin (bahan terakhir), dikacau dengan perlahan agar tidak terlalu pecah, sebagai perasa tambahan.   

‎‎‎

Ketam Masak Kari


This is best in the world!!! Enak!!!

Bahan-bahan:
  • 1 kg ketam (dibuang kulit & dibelah 2)
  • 300 gm rempah kari
  • 1/2 liter (1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 6 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 3 biji tomato (dibelah 4)
  • 3 cili merah (dibelah 2)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 sm halia (ditumbuk halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak masak
‎‎‎

Ketam/Kepiting Masak Cili


 
Ketam/Kepiting, ketam (sebutan di Malaysia) atau kepiting (Indonesia). Ketam Masak Cili adalah satu satu resepi yang menyelerakan.


Bahan-bahan:
  • 2 ekor ketam/kepiting (dibuang kulit & dibelah 2)
  • 2 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sm halia muda (ditumbuk)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 cawan air/stok ikan
  • 1 sdm sos tomato
  • 1 sdm sos cili
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
‎‎‎

Kurma Daging Kambing


Masakan Kurma berasal dari resepi kerajaan Mughal (sekarang Pakistan dan India Utara) abad ke-16. Menjadi masakan istimewa kerajaan Mughal yang ketika itu menguasai sehingga ke Bangladesh.

Kurma adalah hidangan dari adunan daging atau sayuran yang di masak dengan pati kurma/kaldu/stock, yogurt/susu krim, dalam periuk/panci dengan sedikit air dan api yang kecil.

Daging yang di masak umumnya daging kambing, bibi-biri, ayam, atau lembu. Antaranya, daging kambing masak kurma boleh dianggap istimewa, dan selalu menjadi hidangan terutama dalam majlis resepi. Di bawah ini disediakan resepi daging kambing masak kurma.

‎‎‎

Monday 15 April 2013

Bubur Ayam Spesial

 
Bubur Ayam Spesial, resepi istimewa, paling digemari oleh kanak-kanak mahu  pun orang dewasa. 

Bahan-bahan:
  • 250 gr beras (basuh hingga bersih)
  • 2 ltr air kaldu/pati ayam
  • 2 helai daun salam
  • 2 sdt garam


‎‎‎

Bubur Sumsum

Bubur Sumsum, sejenis resepi tradisional yang popular di kalangan warga Indonesia dan juga Malaysia. Juadah ini tidakpernah ketinggalan di jual atau disajikan utama pada bulan Ramadhan.

Bahan-bahan :
  • 100 gram tepung beras
  • 1/2 sdt garam
  • 650 ml santan dari 1 butir kelapa
  • 3 helai daun pandan

‎‎‎

Bubur Barli

Barli juga adalah makanan kesihatan. Aromanya yang harum, seratnya lembut, lemak dan agak melekit seperti pasta, namun enak di makan.

Barli sering di kisar untuk dijadikan bubuk/serbuk, sebagai bahan adunan dalam minuman bagi melancarkan peredaran darah dan menyihatkan ginjal.   

Barli juga baik bagi meningkatkan kesihatan usus dan perut. Ia juga membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah/tubuh yang dihasilkan oleh organ hati.

Barli mengandungi zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Setiap cawan barli (200gm) membekalkan kepada tubuh:  serat makanan - 54.4%, selenium - 52%, tryptophan - 37.5%, copper/tembaga - 31.5%, manganese - 31%,  phosphorus - 23%, dan kalori - 15%.



Ini sajian Bubur Barli yang "simple", kalau mau mencoba. 
‎‎‎

Bubur Kacang Merah (Kidney Beans)

 
Kacang Merah atau juga dikenali sebagai Kidney Beans/Kacang Ginjal. Sejenis kacang yang sangat kaya dengan zat gizi kelumit "molybdenum", zat yang menjadi sebahagian dari enzim "sulfite oxidase." Enzim ini bertindak menyirna toksin/keracunan "sulfite", iaitu bahan pengawet yang sering digunakan pada bahan makanan. Sesiapa alahan pada pengawet sulfite ini akan mengalami denyutan jantung tak menentu, sakit kepala atau pening-pening loya. Justru, kacang merah adalah baik untuk mereka yang mengalami gejala ini.

Kacang Merah sangat baik untuk kesihatan tubuh manusia. Setiap cawan (177.00 gm), Kacang Merah mengandungi zat makanan seperti berikut: zat gizi utama dan kelumit "molybdenum" - 177%, manganese - 38%, phosphorus - 24.4%,  besi - 21.8%, potassium - 20.4%, copper/tembaga - 19%, dan magnesium - 18.5%.

Vitamin: B9 (folate) - 57.5%, vitamin B11 (asid pteryl-hepta-glutamik) - 8.6%, dan vitamin K - 18.5%. ‎

Protein - 30.7%,  tryptophan (sejenis asam amino baik untuk tumbesaran kanak-kanak dan juga orang dewasa) - 56.2%, serat makanan - 45.3%,  dan kalori - 12%.   
‎‎‎

Sunday 14 April 2013

Bubur Kacang Hijau & Durian

Kacang Hijau adalah salah satu dari kerabat kekacang yang sangat kaya dengan zat makanan. Di anggap sebagai bahan makanan yang hebat "exotic", salah satu yang terbaik dan murah di dunia. Kandungan zat makanan didalamnya menyihat dan menyuburkan tubuh.

Mengandungi zat "phyto", zat gizi, vitamin-vitamin dan nilai anti-oksidan yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh. Tidak mengandungi kolesterol.

Kacang Hijau kaya vitamin B9 (asam/asid folik), sangat diperlukan untuk penghasilan DNA di dalam sel-sel tubuh, sangat baik untuk wanita hamil dan bayi kandungannya. Juga kaya dengan vitamin B-kompleks yang lainnya seperti B5 (asid/asam pantothenik, B3 (niacin), B1 (thiamin), dan B6 (pyridoxine).

Kaya dengan vitamin C dan K, sangat baik untuk pembinaan otot dan ketumpatan tulang. Terdapat juga vitamin A, penting untuk kesihatan lapisan kulit dan mata. 

Di samping itu, kacang hijau kaya dengan zat gizi seperti kalsium, besi, copper/tembaga, zinc, dan manganese. Juga zat phyto seperti "phytosterols". Juga mengandungi unsur anti-oksidan "flavonoids" seperti karotin, lutein and zea-xanthin yang memelihara tubuh dari serangan radikal bebas (radikal bebas merosakkan tubuh).
‎‎‎

Bubur Jagung Manis

Jagung adalah salah satu dari makanan antarabangsa. Semua orang kenal jangung. Ia mengandungi vitamin B-Kompleks, B1, B3, B5 dan asid/asam folik. Juga sumber terbaik vitamin C (*vitamin C mudah musnah dengan haba/masakan) dan zat gizi manganese.

Keistimewaan jagung terletak pada zat "phyto": anthocyanins, beta-carotene, asid/asam caffeic, asam/asid coumarik, asid/asam ferulik, lutein, asid/asam syringik, asid/asam vanillik, asid/asam protocatechuik dan zeaxanthin. Zat phyto ini merupakan anti-oksidan yang sangat berkesan melawan kesan radikal bebas yang acapkali merosakkan sel-sel tubuh. Jagung sangat baik untuk kesihatan.
 
Justru, sangat dianjurkan selalu memakan resepi yang melibatkan jagung. Bubur jagung tidak asing pada masyarakat Malaysia dan Indonesia.   

‎‎‎

Bubur Pulut (Ketan) Hitam

Pulut atau Ketan (Ind) Hitam, suatu ketika dahulu merupakan makanan telarang pada rakyat biasa China, sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing.

Kajian saintis menunjukkan Pulut Hitam kaya dengan zat makanan dan mengandungi kesemua 18 jenis asam/asid amino dan zat gizi besi, zinc, copper/tembaga, karotin, anti-oksidan anthocyanin dan beberapa jenis vitamin terutama vitamin E.

Anthocyanin adalah sejenis anti-oksidan yang boleh merendahkan kadar kolesterol mudharat lipoprotein (LDL), justru mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan beberapa jenis penyakit lain.

Bubur Pulut atau Ketan (Ind) Hitam adalah salah satu sajian yang sangat terkenal pada masyarakat Melayu, Nusantara Indonesia, Thailand, bahkan negara-negara rantau Asia Tenggara dan China. Merupakan hidangan popular di waktu petang/sore.

Di Malaysia, Bubur Pulut Hitam semakin menjadi trend sebagai salah satu sajian dalam majlis resepsi.   
‎‎‎

Saturday 13 April 2013

Bubur Gandum


Gandum sangat baik untuk kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak.

Gandum mengandungi protein, karbohaidrat, dan kaya dengan zat gizi terutama zat besi. Zat besi sangat penting bagi menghalang anema (kurang darah dan pucat lesu).

Di samping itu, terdapat juga zat gizi magnesium, manganese, phosphorus, copper/tembaga dan zinc. Juga zat makanan seperti folate dan niacin.

Ia bebas dari lemak dan kolesterol.

Resepi Bubur Gandum adalah sangat baik untuk sajian keluarga, terutama di waktu petang/sore. 
‎‎‎

Saturday 30 March 2013

Memberi Dengan Ikhlas | iluvislam.com discover the beauty of islam

‎‎‎

Romantik Itu Sunnah Nabi | iluvislam.com discover the beauty of islam

‎‎‎

Isteri Solehah Penyejuk Hati Suami | iluvislam.com discover the beauty of islam

‎‎‎

Semakin Ramai Anak Buang Ibu Bapa | iluvislam.com discover the beauty of islam

‎‎‎

Marah Seorang Suami.. Marah Seorang Isteri.. | iluvislam.com discover the beauty of islam

‎‎‎

Mengkhianati dan Dikhianati | iluvislam.com discover the beauty of islam

‎‎‎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...