CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: February 2012

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 12 February 2012

KARI KEPALA IKAN PULAU PINANG



Kari Kepala Ikan adalah masakan asal dari India yang telah meluas ke seluruh Asia Pasifik dan Eropah. Kari, asal sebutan Inggeris "curry", sebenarnya dari jenis gulai dari kaedah bahasa Indonesia dan Malaysia.

Masakan ini sangat terkenal di seluruh Malaysia, bermula dari Pulau Pinang/ Penang, sebuah negeri/provinsi di Malaysia.

Masakan Kari Kepala Ikan banyak dipengaruhi oleh masakan kari India. Ini disebabkan banyak warga india islam yang di bawa masuk oleh pemerintah Inggeris ke Malaysia melalui Pulau Pinang di abad ke 18 dahulu, lansung menjadi warga di sini. 

Bumbu/perencah dan rempah-rempah yang digunakan untuk membuat kari sangat beragam, tidak terbatas pada ketumbar, kunyit, merica, cabai, bubuk paprika, jintan, kayu manis, kapulaga, bunga lawang, kelabet, adas manis, daun salam koja, dan cengkeh. Jenis rempah-rempah yang digunakan bergantung jenis kari dan negara asal masakan.

Sekarang, masakan kari menjadi semakin mudah apabila bubuk/serbuk kari atau "masala" sudah tersedia di campur untuk di jual di pasar, kedai-kedai, supermarket dan mall.

‎‎‎

Saturday 11 February 2012

LAKSA THAILAND



Laksa Thailand, Thailand adalah sebuah negara tetangga kepada Malaysia. Banyak resepi masakannya mempengaruhi selera warga Malaysia, kerana warga Malaysia sendiri terdiri dari berbilang bangsa, meskipun yang utama ialah orang Melayu, Jawa, Minangkabau dll. Perlu diketahui bahawa di Thailand juga terdapat ramai kaum Melayu beragama islam.

Laksa Thailand rasanya lemak dan pedas. Memang cara penyediaannya banyak dipengaruhi oleh warga Melayu, tetapi sikap hidup warga Thailand yang suka berniaga, terutamanya orang-orang Melayu di Thailand, mereka tidak mahu ketinggalan dalam resepi laksa.

‎‎‎

LAKSA SARAWAK


Laksa Sarawak adalah salah satu dari makanan tradisional negeri Sarawak (disebut juga bumi Kenyalang). Bahan utama ialah bihun (mee hoon), udang, carikan daging ayam, taugeh dan telur.

Adunan rempah ratus serta daun ketumbar yang harum, dibasahi kuah pedas dan berlemak, menjadikan begitu enak dan menyelerakan!!!

Sememangnya, laksa Sarawak hidangan amat istimewa dan mempunyai keunikan serta daya tarikan tersendiri. Ia digemari bukan saja oleh masyarakat di Sarawak, tetapi juga hampir di seluruh Malaysia, termasuk di kalangan warga Barat.

Rahsia keenakan laksa Sarawak sebenarnya terletak pada rempah-ratus dan bahan penumis yang dicampurkan dalam sajian itu. Sekarang ini sudah banyak perencah segera kuah laksa Sarawak sudah terjual di mall-mall, supermarket dan kedai-kedai, menjadi semakin mudah untuk menyediakan Laksa Sarawak. Perencah dari Ayuma Enterprise, merupakan perencah asli dari negeri Sarawak.

‎‎‎

LAKSA KUALA PERLIS

 
Laksa Kuala Perlis menjadi sebutan ramai, tidak hairanlah ia menjadi salah satu keistimewaan yang terdapat di Kuala Perlis. Kunjungan ke Kuala Perlis pasti tidak lengkap jika tidak merasai kelazatan Laksa Kuala Perlis yang sememangnya menjadi kegemaran penduduk di sana.

Bahan utamanya ialah laksa tepung beras. Kuahnya agak pekat kerana banyak menggunakan bahan ikan. Dikatakan juga kuah yang paling enak di buat dari belut.

Hidangannya asli tradisional dan simple. 
 
Kuala Perlis adalah salah satu destinasi perlancongan yang terdapat di Malaysia. Ia juga merupakan pusat nelayan, dan sebagai pelabuhan untuk menuju ke Pulau Langkawi. Pulau Langkawi adalah destinasi perlancongan berkelas tinggi terkenal di seluruh dunia.

Laksa, rata-rata hampir sama cara penyediaanya, begitu juga dengan Laksa Kuala Perlis. Berikut ini salah satu dari resepi Laksa Kuala Perlis, bahan kuahnya bukan dari belut tetapi ikan.
‎‎‎

LAKSA PENANG


Laksa Penang (Pulau Pinang), Kedah, Perlis dan Perak lebih suka menggunakan laksa yqng di buat dari tepung beras; dikatakan lebih enak. Akan tetapi agak sukar untuk mendapatkan laksa tepung beras yang basah atau pun kering. Maka pilihan lain ialah laksa kering tepung gandum.

Laksa sesuai di makan di waktu tengahari atau petang (sore).

Laksa kering banyak di jual di mall, supermarket atau kedai dalam bentuk pek.
‎‎‎

Wednesday 8 February 2012

SAYUR ASAM JAKARTA


Sayur asam/asem, adalah masakan berjenis sayur-sayuran khas masyarakat Indonesia. Terdapat banyak variasi; sayur asam Jakarta (variasi orang Betawi), sayur asem Jawa Timur, sayur asem Sunda, sayur asam kangkung, sayur asam ikan asin, sayur asem bening dll.

Bahan-bahan yang sering digunakan adalah kacang tanah, nangka muda, daun dan buah melinjo/belinjau, belimbing sayur/belimbing buluh, labu siam, betik muda, kacang panjang, asam jawa, dan jagung muda dalam masakan ini.

Rasa masakan yang manis dan asam ini sangatlah menyegarkan dan cocok jika dipadukan dengan lauk kering lainnya seperti ikan goreng dan ulam-ulaman/lalapan. Sering juga masakan ini disajikan dengan sambal.

‎‎‎

NASI KEBULI PAHANG

Foto ehsan dari Chef Wan




Nasi Kebuli Pahang, caranya agak berbeza dari Nasi Kebuli Indonesia. Penyediaan nasi dan lauknya, seperti daging ayam, daging lembu/sapi, daging kambing, ikan dll adalah asing-asing. Kebanyakan nasi kebuli Pahang sering menggunakan daging ayam sebagai lauk. Resepi ini lebih digemari oleh masyarakat di negeri Pahang, salah sebuah negeri/provinsi di Malaysia.




Berikut ini salah satu dari resepi Nasi Kebuli Pahang.
‎‎‎

NASI KEBULI


Nasi kebuli, resepi berasal dari rantau Timur Tengah, terutama negara Yamen. Terus menjadi popular di kalangan masyarakat India. Ia adalah dari varieti Nasi Briyani, sehingga kadangkala di kira sebagai nasi briyani.

Resepi ini lansung menjadi popular di Indonesia, di bawa oleh para komuniti Arab sejak berabad lamanya, dengan adunan tersendiri mengikut citarasa masyarakat Indonesia. Di Malaysia, nasi kebuli  tidak begitu popular, paling di terima di kalangan negeri/provinsi Pahang.

Oleh kerana wilayah nusantara kaya dengan rampah ratus, maka Nasi Kebuli Indonesia seringkali menggunakan kekayaan rempah ratus yang di adun dengan nasi dan bahan utama iaitu daging kambing.
‎‎‎

Tuesday 7 February 2012

LAKSA PERAK


Laksa, sejenis resepi yang berasal dari turun-temurun orang Melayu di Malaysia. Laksa bukan sahaja digemari oleh orang-orang Melayu tetapi juga orang-orang Cina, terutama pada keturunan Cina di negeri/provinsi Melaka yang bercampur dengan Melayu, disebut "masyarakat peranakan".

Terdapat banyak varieti pada penyediaan laksa dari satu negeri kesatu negeri. Perbedaan selalunya di segi bahan yang digunakan mengikut citarasa tersendiri.

Penyediaannya ringkas, tetapi rasanya agak pedas, sangat menyelerakan. 

Berikuti ini adalah laksa dari negeri Perak. Ia menggunakan bahan laksa yang diperbuat dari tepung beras dan bahan kuahnya diperbuat dari ikan kembung.
‎‎‎

SERUNDING DAGING

Serunding, atau istilah Indonesia disebut "Abon", merupakan sejenis masakan, bahan utamanya samada daging lembu/sapi, kambing, ayam, ikan, sotong/cumi, kerang, kupang, udang, ketam, burung puyuh, kelapa atau sebagainya. Bahan utama ini disiat-siat atau di carik-carik dengan pisau secara "manual" agar bahan utama tidak hancur atau lumat. Bahan utama yang menjadi pilihan  di masak bersama rempah, santan dan cili giling; di masak sehingga kering. Ia di masak dan di kacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang sering di perbuat ialah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis.

Serunding adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh di makan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll. Serunding juga selalu di makan bersama dengan roti atau nasi sebagai sarapan pagi.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan. Kampung Laut, satu daerah di Kelantan menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia. Di Kelantan, ianya lebih di kenali dengan nama sambal daging, sambal ayam atau pun sambal ikan.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg daging lembu/sapi (direbus & dicarik-carik)
  • 15gm cili giling
  • 200ml santan
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • bahan perasa secukupnya
BAHAN YANG DIKISAR (DIHALUSKAN):
  • 200gm bawang merah
  • 5gm bawang putih
  • 10gm jintan manis
  • 10gm jintan putih
  • 10gm ketumbar
  • 200gm serai
CARA MEMASAKNYA:
  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali/wajan diikuti cili giling dan santan, kacau/aduk rata.
  2. Apabila sudah pecah minyak, masukkan daging tadi dan kacau sebati sehingga menjadi kering.
  3. Tambahkan perasa, gula dan garam secukupnya.
  4. Sedia untuk disajikan.
* Saiz hidangan untuk 30 orang.
   Selamat mencuba!!!

‎‎‎

Monday 6 February 2012

RENDANG TOK

Foto ehsan dari Dapur Ida, Japan



Rendang Tok, the best from Perak!!!

Hidangan teristimewa dari Perak, salah satu negeri/provinsi di Malaysia. Ia merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri.

Resepi Rendang Tok adalah warisan turun temurun sejak zaman berzaman. Jenis masakan yang melibatkan daging di adu bersama rempah dan bahan-bahan tradisional lain, seringkali di masak hingga kering warna kehitaman.

Rendang Tok memang enak. Di makan bersama nasi, atau dengan ketupat mahu pun lemang, terutama waktu lebaran. Ianya boleh di simpan lama tanpa basi.
‎‎‎

NASI BUKHARI & DALCA KAMBING



Nasi Bukhari adalah sejenis varieti nasi briyani, berasal dari Bukhara iaitu ibukota Uzbekistan, sebuah negara di perbatasan/sempadan negara Russia. Resepi ini amat terkenal di kalangan negara Arab seperti Iran, Iraq dll. Juga terkenal di India dan Pakistan.

Kerana ramai para pedagang dari Arab, Parsi (Iran) dan India (muslim) yang datang berdagang di Malaysia sejak beberapa abad yang lalu, maka resepi ini juga turut diperkenalkan di sini. Sekarang, ia sudah menjadi salah satu dari resepi istimewa masyarakat Malaysia, sering disajikan di majlis-majlis resepsi dll. Juga disediakan di restoran-restoran, terutama di kota-kota.

‎‎‎

Sunday 5 February 2012

NASI KERABU KUNING



Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan. Biasanya nasi kerabu di makan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman/lalap lain.

Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.

‎‎‎

NASI DAGANG TERENGGANU


Ini pula resepi Nasi Dagang ala Terengganu. Sebenarnya berbagai  cara menyediakan resepi nasi dagang oleh penduduk/ warga Kelantan dan Terengganu (Malaysia), dan negeri  Pattani, Yala dan Narathiwat (Selatan Thailand) iaitu 3 negeri rata-rata penduduk/warganya tergolong dari orang-orang Melayu juga tetapi di bawah pemerintahan Thailand.

Sudah menjadi tradisi, Nasi Dagang menjadi resepi untuk sarapan. Diperkatakan bahawa nasi dagang yang paling popular di Terengganu ialah dari Kampung Ladang.
‎‎‎

NASI DAGANG KELANTAN II




Nasi Dagang, memang menjadi hidangan istimewa pada masyarakat negeri Kelantan. Kalau menziarahi negeri Kelantan, tidak lengkap kalau tidak menikmati nasi dagang Kelantan. Resepi ini sangat popular dan menjadi salah satu hidangan tradisi di sana.

Warung-warung, restoran-restoran di kota Kuala Lumpur juga banyak menjual hidagan ini.

Berbagai cara menyediakan nasi dagang Kelantan menurut citarasa masing-masing.


‎‎‎

Saturday 4 February 2012

NASI KERABU GANU (TERENGANU) II

Nasi Kerabu, resepi yang sudah sinonim dengan negeri/provinsi Kelantan dan Terengganu, 2 buah negeri yang terletak di timur Semenanjung Malaysia. Ini adalah resepi tradisi masyarakat di sana. Resepi antara 2 buah negeri ini tidak begitu jauh bezanya.   

Salah satu bahan yang diperlukan ialah budu. Budu adalah sejenis sos yang terbuat dari pati ikan bilis, berwarna coklat atau kemerahan keluaran khusus dari negeri Kelantan dan Terengganu.

Resepi ini juga sangat digemari oleh warga kota, khususnya orang-orang Melayu.
‎‎‎

Friday 3 February 2012

NASI DAGANG ‎KELANTAN I

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan (2 negeri/provinsi dari 13 negeri-negeri di Malaysia). Kalau menziarahi negeri Kelantan auat Terengganu pasti akan bertemu dengan resepi Nasi Dagang yang di jual di warung-warung dan restoran-restoran. Terutamanya sebagai resepi untuk sarapan. 

Nasi ‎dagang Terengganu biasanya di perbuat daripada campuran beras biasa dan beras pulut/ketan. Kedua-duanya ‎di masak bersama santan kelapa.

Nasi dagang Kelantan pula biasanya bewarna ‎merah kerana menggunakan beras merah dikenali 'beras dagang'.‎

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang di masak dengan ‎menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa).

Ikan yang menjadi lauk, biasanya ikan tongkol yang bersaiz besar, di potong. Selain itu acar timun juga disediakan sebagai pelengkap resepi.‎

Nasi dagang dikenali sedemikian kerana mempunyai hanya satu jenis lauk (tanpa acar ‎timunnya). Mudah bagi mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk ‎yang banyak.

‎‎‎

Thursday 2 February 2012

NASI BERIANI GAM


Beriyani; juga di sebut biryani, biriani. Masakan yang berasal dari Parsi, sangat terkenal di negara-negara Teluk Parsi. Menjadi resepi istimewa di India dan juga Tenggara Asia, termasuk Malaysia.

Masakan beriyani menggunakan beras khusus, "beras basmati". Keistimewaannya terletak pada rasa nasi dari beras basmati dan rempah-ratus yang digunakan dalam masakan daging sapi/lembu, daging kambing atau biri, ayam, ikan, telur, atau pun sayur-sayuran.

Rasanya sungguh enak !!!

Bahan-Bahan Untuk Nasi:‎ ‎
  • 1250 gm beras basmati‎ ‎
  • 250 gm minyak sapi‎ ‎
‎‎‎

Wednesday 1 February 2012

SOM TAM







Som Tam adalah sejenis asinan atau pun kerabu (urap) dari Thailand.


Enak di makan waktu siang dan segar-segar. Selalunya menjadi pelengkap pada menu.
 

Som Tam menggunakan kicap thiparos (sejenis kicap thai)‎ dan sos ikan. 
 
  ‎

 


Bahan-bahan:‎ ‎
  • 2 biji betik/papaya muda (dihiris halus)‎ ‎
  • 1 biji lobak merah/wortel (dihiris halus)‎ ‎
  • 2 biji tomato (dihiris memanjang)‎ ‎
  • 3 biji cili padi/cabai rawit (dihiris halus)‎ ‎
  • 50 gm kacang panjang (dipotong memanjang 3cm)‎ ‎
  • 50 gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak)‎ ‎
  • 2 sdm jus limau nipis‎
  • ‎2 sdm kicap thiparos (sejenis kicap thai)‎ ‎
  • 2 sdm sos ikan ‎
  • 1 sdt gula putih‎
  • Garam secukup rasa
‎‎‎

TOMYAM SEAFOOD


Tom Yam Seafood

Tom Yam adalah resepi istimewa negara Thailand dan Laos. Sangat digemari di Malaysia. Bahkan sudah tersaji hampir di seluruh dunia. Terdaftar nombor 8 Makanan Yang Lazat Di Dunia, lapuran CNN.

Resepinya boleh di campur sayur, udang, sotong, ketam, ayam, daging dan sebagainya. Kepelbagaian bahan utama yang digunakan ini, akan memberi rasa yang berbeza dan tersendiri.

Keenakan rasa kuah/sosnya juga, bukan sahaja di makan bersama nasi malah turut dijadikan hidangan ala carte seperti mihun, mi dan kueh teaw tom yam.

Keistimewaan Tom Yam terletak pada rasanya yang keasaman, pedas, manis, beraroma berbagai rempah-rempah.  Penggunaan bahan seperti serai, jus limau purut, daun limau purut, lengkuas, halia dan cili menjadi antara bahan terpenting dalam menyediakan hidangan Tom Yam.

‎‎‎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...