CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: LAKSA PENANG

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Saturday 11 February 2012

LAKSA PENANG


Laksa Penang (Pulau Pinang), Kedah, Perlis dan Perak lebih suka menggunakan laksa yqng di buat dari tepung beras; dikatakan lebih enak. Akan tetapi agak sukar untuk mendapatkan laksa tepung beras yang basah atau pun kering. Maka pilihan lain ialah laksa kering tepung gandum.

Laksa sesuai di makan di waktu tengahari atau petang (sore).

Laksa kering banyak di jual di mall, supermarket atau kedai dalam bentuk pek.



Berikut ini resepi Laksa Penang.
Bahan Utama:
  • 6 kilo laksa basah (jika menggunakan laksa kering harus di rendam dahulu untuk beberapa jam, kemudian di panaskan)
Bahan-Bahan Kuah:
  • 6 kg ikan sardin/kembung/selayang (direbus)
  • 1 biji nanas masak (dihirirs)
  • 300 gm cili giling
  • 300 gm bawang besar (dikisar)
  • 50 gm belacan (dikisar halus)
  • 250 gm asam keping
  • 100 gm daun pudina
  • 100 gm jdaun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan (dipotong empat)
  • 3 batang serai
  • 5 cm lengkuas
  • air dan garam secukupny
Bahan Hiasan (dihiris halus):
  • 1 kg daun salad
  • 200 gm cili merah
  • 100 gm cili padi
  • 10 biji bawang besar
  • 5 kuntum bunga kantan
  • 4 biji timun
  • 2 biji nanas
Cara Penyediaan:
  1. Untuk membuat kuah laksa, asingkan isi dan tulang ikan yang sudah direbus. Kemudian kisar halus isi ikan dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
  2. Setelah itu kisar tulang ikan tapis dan ambil airnya, campurkan bersama isi ikan yang dikisar tadi.
  3. Seterusnya masukkan cili giling,bawang besar dan belacan, asam keping, daun kesum, daun pudina dan bunga kantan, kacau rata.
  4. Kemudian masukkan nanas, serai dan lengkuas yang di ketuk, tambah air secukupnya dan perasakan.
  5. Biarkan ia mendidih dan pastikan api kecil.
  6. Akhir sekali, apabila sudah masak, hidangkan bersama laksa dan bahan hiasan.
  7. Seperkara lagi, lazimnya laksa di makan bersama dengan pati udang; untuk 1 mangkuk memadai setengah sudu kecil pati udang untuk di tambah sebagai bahan perasa. 
  8. Sedia untuk dinikmati.
Laksa Basah
Otak Udang

* Saiz hidangan untuk 50 orang 
Selamat mencuba !!!

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...